welcome


I made this widget at MyFlashFetish.com.

selamat datang

Thursday, April 28, 2011

PROGRAM KARNIVAL AKADEMIK

TEMPAT: ASRAMA DESA SMK MUNSHI ABDULLAH 
TARIKH :22-24 APRIL 2011
HARI: JUMAAT HINGGA AHAD
OBJEKTIF
1.Mendedahkan para pelajar dengan teknik dan kemahiran belajar yang betul dan tepat sewaktu proses P&P.
2  Menpersiapkan minda dan  diri pelajar untuk meneruskan kecemerlangan pada tahun 2011.
3  Membantu mengekalkan motivasi agar meneruskan kecemerlangan diri sendiri dan SMK Munshi Abdullah









Wednesday, April 27, 2011

LAWATAN KE KARANGKRAF DAN PUSAT SAINS NEGARA

Pada  13 April 2011, sekolah telah mengadakan lawatan ke Karangkraf dan Pusat Sains Negara bagi mendedahkan kepada para pelajar seramai 40 orang mengenai kerjaya dalam bidang ini. Rata-rata pelajar begitu teruja dan menggunakan peluang ini bagi mendapatkan pelbagai info mengenai kerjaya seperti  pengarang, editor, penyunting dan sebagainya.Mereka dibawa melawat tempat buku-buku dihasilkan.Walau pun penat, pengalaman ini sangat berharga dan diharapkan para pelajar lebih terbuka mindanya dalam menuju masa depan kerjaya yang gemilang.
PELAJAR BERGAMBAR DENGAN KAKITANGAN KARANGKRAF


PUSAT SAINS NEGARA,TERUJA MELIHAT  PELBAGAI JENIS SPESIES IKAN

PARA GURU PENGIRING

LAWATAN INI DIMUATKAN JUGA DALAM SURAT KHABAR SINAR HARIAN

Tuesday, April 12, 2011

PROGRAM PERKEMBANGAN STAF KALI KE 1

TARIKH: 9 April 2011 (sabtu)
MASA: 8.00-2.00 petang
TEMPAT: Bilik mesyuarat SMK Munshi Abdullah
PENCERAMAH: Ustaz Ahmad Zamri B Shamsuddin
                            En. M. Zubaidi B Djemiko
TAJUK: Guru Berkesan Ke Arah Kemenjadian Murid
                                           dan
                          Microsoft Excell 2007





Monday, April 4, 2011

KEBAKARAN!

Sekolah digemparkan di pagi hari dengan asap berkepul-kepul naik ke atas diikuti dengan beberapa siri letupan.
Semua pelajar bergegas ke padang sekolah.
Rupa-rupanya ini hanya gimik latihan kebakaran sahaja.



Guru yang sedang mengajar di minta membawa pelajar dan mengambil kedatangan dan memastikan tiada pelajar di dalam kelas.

Saturday, April 2, 2011

PROGRAN PENDIDIKAN GANGGUAN SEKSUAL

 TEMA
“DIRIMU BEGITU BERHARGA”

TEMPAT
MUSALLA ASRAMA
SMK MUNSHI ABDULLAH


Isu-isu gangguan seksual sering diperkatakan dan semakin mendapat liputan media-media cetak dan elektronik. Kes-kes gangguan seksual juga telah menular dalam kalangan warga pelajar sekolah. Kebanyakannya kes gangguan seksual di sekolah melibatkan kaum wanita .
Menurut Koss (1990), penuntut yang mengalami gangguan seksual seringkali merasa diri mereka sebagai mangsa dan akan menukar corak hidup mereka untuk melarikan diri dari keadaan tersebut walaupun tindakan mereka itu merosakkan peluang mereka untuk belajar. Penuntut juga akan menanggung stres yang tinggi, termasuk perasaan takut, marah, murung, malu, mudah tersinggung dan kurang motivasi untuk belajar (Koss dan rakan-rakan, 1994). Maka secara langsung prestasi pelajar  juga akan turut terganggu.

 Maka, satu program dirancang melibatkan semua pelajar perempuan agar mereka lebih menjaga kehormatan dan tidak membiarkan diri terdedah dengan gangguan seksual ini.

Pihak UBK  merancang program ini untuk semua pelajar perempuan dari tingkatan 1 hingga tingkatan dengan 
menetapkan tarikh berbeza-beza bagi setiap tingkatan.

TINGKATAN 1
HARI:JUMAAT
TARIKH: 25 MAC 2011
TEMPAT:MUSALLA ASRAMA







TINGKATAN 2
TARIKH: 1 APRIL 2011
TEMPAT: DEWAN MAKAN ASRAMA