welcome


I made this widget at MyFlashFetish.com.

selamat datang

Tuesday, March 29, 2011

SELAMAT ULANG TAHUN SMK MUNSHI ABDULLAH

Pada perhimpunan mingguan minggu ini,telah diadakan sambutan ulang tahun sekolah kali ke 44. Oleh itu, satu majlis telah diadakan di mana setiap kelas akam mendapat sebiji kek .Tuan pengetua, Tn Hj Mohd Rahman Bin Dollah telah menyampaikan kek kepada semua ketua  tingkatan. Para guru juga menerima kek untuk bilik guru.
Sedikit mengenai sejarah SMK Munshi Abdullah dikongsikan di sini.

Pendidikan menengah di kawasan Sabak Bernam Barat bermula pada pertengahan tahun 1960 an sebelum tertubuhnya Sekolah Menengah Kebangsaan Munshi Abdullah yang sebelum ini dikenali dengan Sekolah Munshi   Abdullah.





Sekolah ini mula  dibina  pada tahun 1967 dengan 2 blok yang menempatkam pejabat dan blok yang menempatkan bilik ERT sekarang serta sebuah kantin.Pada tahun 1975,  2 blok bangunan bangunan baru dibina yang sekarang menempatkan bengkel Seni Perusahaan ( kemahiran hidup ). Pengambilan pelajar pertama untuk menduduki asrama dibuat tahun 1991.

Wednesday, March 23, 2011

KEPUTUSAN SPM

PARA GURU SEDANG MEMASUKKAN SIJIL-SIJIL DAN SURAT BERHENTI SEKOLAH KE DALAM FAIL UNTUK DIBERIKAN KEPADA PELAJAR


MASING-MASING TIDAK SABAR MENGAMBIL KEPUTUSAN 



KAUNTER PERDAFTARAN

MAJALAH SEKOLAH TURUT DIBERIKAN


BERATUR UNTUK SEMAKAN NAMA

KAUNTER HALA TUJU SELEPAS SPM TURUT DISEDIAKAN


PELBAGAI GELAGAT DAN GAYA 





SALAH SEORANG PELAJAR TERBAIK , ELFA  NORA BT JAJURI  YANG MENDAPAT KEPUTUSAN CEMERLANG


Tanggal  23 mac 2011 adalah tarikh yang mendebarkan bagi pelajar  yang telah menduduki peperiksaan SPM pada tahun 2010.Dari awal pagi lagi, pelajar telah datang ke sekolah dan ke blok tingkatan 6 untuk berkumpul.Kira-kira pukul 12.30 pm, barulah kaunselor dan setiausaha SPM, membawa kesemua keputusan yang di ambil di PPD.

Para guru dan pelajar lepasan SPM ini begitu tidak sabar melihat keputusan dan pastinya harapan yang tinggi disandarkan.

Apa pun keputusannya, kehidupan masih panjag dan teruskan perjuangan!


Sunday, March 20, 2011

SUMMERCAMP BIJAK BELAJAR 2011

Program: Summercamp Bijak Belajar 2011
Tarikh: 11 -13 Mac 2011
Tempat: Kem Bumi Jati

Sebelum cuti sekolah  baru-baru ini, satu kem yang melibatkan pelajar sekolah SMK Munshi Abdullah seramai 30 orang diadakan di Kem Bumi Jati, Jalan Kebun, Klang, Selangor. SMK Munshi Abdullah merupakan sekolah angkat bagi PKNS. Selain sekolah ini, para peserta yang terlibat adalah dalam kalangan anak kakitangan PKNS dan SMK Sharif Masahor, Batang Kali.Ceramah  motivasi kemahiran belajar ini telah disampaikan oleh  Dr.Abdol Aziz Sahat,pengurus besar Akademi Minda Bestari .

RIANG GEMBIRA DALAM PERJALANAN KE KEM

BANNER KEM

SEBAHAGIAN PESERTA

APE YANG DITULIS TU...

ATOK@DR ABDOL AZIZ SAHAT SEDANG MENGUJI INGATAN PARA PESERTA

NI LA MASA NAK GULING-GULING DI JALAN TAR ...:)

TUNGGU TURN NAK MELOMPAT DALAM TAYAR

TEPUK BINTANG

MASUK JANGAN TAK MASUK TEROWONG TU...

EWAHH..SIAP POSING LAGI..HATI-HATI...

JANGAN TAKUT, TAK GAYAT LAH..RENDAH JE..HEHE

MUJUR MUAT MASUK DALAM TAYAR BESAR NI.

SELAMAT DATANG

PEGANG ELOK2 SURAT KHABAR TU,JANGAN SAMPAI PUTUS TAU...

CURAH IDEA BUAT LOGO

PENYAJAK SEKOLAH YANG BERSEMANGAT

SEBAHAGIAN PESERTA

SENYUM SEMUA..KANDID

GURU PENGIRING PUN NAK MASUK GAMBAR JUGA

SENYUM CIKGU2,JAGA BAIK2 PELAJAR2 YER...

BERSAMA GURU PENGIRING SMK SHARIF MASHOR,BATANG KALI

DENGAN DR ABDOL AZIZ SAHAT 

Tuesday, March 8, 2011

UJIAN PENILAIAN PERTAMA 2011

Hari ini bermula ujian penilaian pertama untuk semua tingkatan dan berakhir pada khamis ini. Kelihatan semua pelajar begitu tekun mengulang kaji dan membuat perbincangan sebelum ujian bermula. Suasana sekolah menjadi sunyi seketika semasa semua pelajar sedang menjawab kertas masing-masing.

Diucapkan kepada semua pelajar SMK MUNSHI ABDULLAH :

KURSUS PERGURUAN LEPAS SIJIL PELAJARAN MALAYSIA AMBILAN JUN 2011

Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) dengan melayari laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia di alamat :  http://www.moe.gov.my mulai 07 Mac 2011.
  
Permohonan dalam talian boleh dibuat dengan menggunakan Nombor Pengenalan Individu (PIN) yang boleh dibeli di Bank Simpanan Nasional di seluruh negara dengan bayaran RM 6.00 (Ringgit Malaysia Enam sahaja) melalui saluran kaunter, mesin ATM, Perbankan Internet dan Perbankan Sistem Maklumat Ringkas (SMS). Pembelian nombor PIN melalui saluran mesin ATM, Perbankan Internet dan Perbankan Sistem Maklumat Ringkat (SMS) adalah bagi pemohon yang mempunyai akaun dengan Bank Simpanan Nasional.
  
Pemohon dinasihatkan melayari laman sesawang : http://www.moe.gov.my bagi mendapatkan maklumat iklan, bidang pengkhususan dan gred minimum serta kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan.
  
Calon dibenarkan mengemukakan SATU permohonan sahaja.
Calon boleh menggunakan nombor PIN yang sama untuk membuat pindaan butiran kepada permohonan yang telah dihantar. Pindaan butiran permohonan dihadkan tiga kali sahaja dan hendaklah dibuat sebelum tarikh tutup permohonan.
  
Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.

       TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 21 MAC 2011

PENYELIAAN PELAJAR PRAKTIKUM

Salam Satu Malaysia. Guru praktikal bimbingan dan kaunseling  telah diselia untuk kali pertama oleh pensyarah penyelia mereka dari UPSI, En Mohd Noor Idris. Kedatangan En Mohd Noor disambut oleh  En Khai Rohizam dan Puan Nelly kerana mereka merupakan rakan kuliah semasa belajar dahulu.
EN.MOHD NOOR IDRIS

Banyak komen, teguran dan panduan telah diberikan kepada kedua-dua guru praktikal , terutamanya dalam membuat sesi kaunseling agar matlamat kaunseling untuk membantu klien tercapai. Penggunaan teori sangat ditekankan dan perlu diperbaiki lagi.Itu antara  ulasan yang diberitahu kepada mereka. Apa  pun , masa masih ada untuk memperbaiki diri. Semasa praktikum inilah peluang menimba ilmu dan memperkemaskan lagi teori serta kemahiran.



GURU PRAKTIKAL SEDANG DISELIA