welcome


I made this widget at MyFlashFetish.com.

selamat datang

Tuesday, March 8, 2011

KURSUS PERGURUAN LEPAS SIJIL PELAJARAN MALAYSIA AMBILAN JUN 2011

Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) dengan melayari laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia di alamat :  http://www.moe.gov.my mulai 07 Mac 2011.
  
Permohonan dalam talian boleh dibuat dengan menggunakan Nombor Pengenalan Individu (PIN) yang boleh dibeli di Bank Simpanan Nasional di seluruh negara dengan bayaran RM 6.00 (Ringgit Malaysia Enam sahaja) melalui saluran kaunter, mesin ATM, Perbankan Internet dan Perbankan Sistem Maklumat Ringkas (SMS). Pembelian nombor PIN melalui saluran mesin ATM, Perbankan Internet dan Perbankan Sistem Maklumat Ringkat (SMS) adalah bagi pemohon yang mempunyai akaun dengan Bank Simpanan Nasional.
  
Pemohon dinasihatkan melayari laman sesawang : http://www.moe.gov.my bagi mendapatkan maklumat iklan, bidang pengkhususan dan gred minimum serta kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan.
  
Calon dibenarkan mengemukakan SATU permohonan sahaja.
Calon boleh menggunakan nombor PIN yang sama untuk membuat pindaan butiran kepada permohonan yang telah dihantar. Pindaan butiran permohonan dihadkan tiga kali sahaja dan hendaklah dibuat sebelum tarikh tutup permohonan.
  
Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.

       TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 21 MAC 2011

No comments:

Post a Comment